zainab's FotoPage

By: Zai KuLiM

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Jul-2008 07:16 Email | Share | Bookmark
APA ZAI MASAK??


EMMM KORANG JGN TERKEJUT PLAK TGK ENTRY KALI NIE PASAL MASAK DAN MAKAN LAGI HA...MMG LER KAT FP ZAI NIE KALAU TAK JENJALAN MESTI ENTRY MAKAN PUNYER APAPUN LAYAN JER ZAI MASAK SIMPLE NIE...



BLACK PEPPER CHICKEN ALA ZAI KULIM
Bahan-bahan:
Ayam(ikut hati ler kalau nak mkn byk buh byk..)
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung dibancuh
1/2 cawan air
2 s/b lada hitam tumbuk
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan tumis [mayangkan/hiriskan]:
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan hiasan:
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


KORANG ABAIKAN YANG GELAP2 TU BUKAN HANGIT TAPI SBB ZAI GUNA ASAM JAWA JADI HASILNYER GELAP LER....TAPI MMG BEST...

Cencaru Sumbat Ala Zai Kulim

Bahan-Bahan:
Ikan cencaru (Nie recepi tuk 4ekor size kecil)
minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili merah
4 bijicili api/padi
2 ulas bawang besar
¾ ulas bawang putih
sedikit belacan
satu sudu kecil gula
garam secukup rasa
asam jawa

Cara2nyer...
1~Cencaru dibelah belakang untuk membuang isi perut & dicuci terlebih dahulu
2~Campurkan cili merah,cili api,bawang besar,bawang putih,belacan,gula garam & tumbuk sehingga hampir lumat.
3~Sumbatkan bahan yang ditumbuk kedalam perut ikan tersebut.
4~Bahagian luar ikan dilumur dengan asam jawa(kunyit pun leh gak) dan garam
5~Kemudian panaskan minyak dan masukkan ikan satu persatu.
6~Goreng ikan tersebut sehingga garing masak.

Cadangan Hidangan:
1~Selepas kesemua ikan itu masak hidangkan kedalam pinggan
2~Hias mengikut kretiviti tersendiri

Tambahan:
Hidangan ini sesuai dimakan untuk 4(kalau Zai 2org jer corang 2ekor)
sesuai untuk makan tengahari dan makan malam dan juga sesuai untuk disajikan untuk tetamu...Buat pastu jemput zai pi mkn na...



RECIPE NIE KORANG TANYA KAT SECRET RECIPE DAN RESEPINYER ADALAH RAHSIA...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net